Pages

Sunday 10 June 2012

Menukarkan FAT atau FAT32 kepada sistem file NTFS


Anda dapat meningkatkan keupayaan Komputer anda dengan menggunakan NTFS (New Technology File System) harddisk volume dengan windows XP, kerana advance file system ini menyediakan ciri-ciri yang lebih, seperti security, reliability, file encryption dan Compression features.

Tetapi jika anda masih menggunakan sistem file yang lama seperti FAT atau FAT32, anda dapat menukarkannya kepada NTFS dengan arahan yang ringkas dan mudah. Perkara yang menarik adalah, anda dapat ‘convert’ hard drive volumes file system tanpa mengalami sebarang kehilangan data.
    1. Pertama pergi ke Start kemudian klik pada Run.
    2. Sekarang taip perkataan “CMD” dan tekan Ok untuk membuka tetingkap command prompt.
    3. Dalam command prompt taip convert drive letter name: /fs:ntfs
    4. Sebagai contoh jika anda nak menukarkan drive E kepada NTFS arahan/command akan kelihatan seperti ini “convert e: /fs:ntfs”.
    5. Sekarang restart komputer anda dan nikmatilah ciri-ciri NTFS, tetapi anda harus ingat anda tidak boleh menukarkan kembali kepada FAT atau FAT32 .

No comments:

Post a Comment